DANA PENGURUSAN PEMBANGUNAN SEKOLAH FASA 1

Dimulakan pada:
21 Jan, 2021
DANA PENGURUSAN PEMBANGUNAN SEKOLAH FASA 1
1.35%
RM1,346
/RM100,000
47
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah KAFA swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan beroperasi sehingga kini...
Sekolah Agama Al-Fateh merupakan sebuah sekolah KAFA swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan beroperasi sehingga kini di bawah seliaan Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sekolah ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran Fardu Ain dan Al-Quran bagi murid-murid di sekitar Sungai Besi berikutan sekolah KAFA yang sedia ada di kawasan ini tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.

Sekolah Agama Al-Fateh beroperasi di dalam kawasan Surau Jumaat Muhammad Al-Fateh, UPNM dan mempunyai sebanyak lima (5) ruang kelas hasil daripada pengubahsuaian di beberapa bahagian dalam surau tersebut. Setakat ini kelima-lima kelas ini menempatkan murid darjah satu hingga darjah lima dengan kapasiti yang kondusif bagi setiap kelas adalah seramai 25 orang murid, namun jumlah pelajar yang ramai dan kelas yang terhad menyebabkan jumlah murid dalam setiap kelas adakalanya mencecah sehingga 35 orang pelajar.

Menjelang tahun 2022, pembukaan kelas murid darjah enam menyebabkan ruang kelas sedia ada tidak mampu menampung jumlah keseluruhan murid dan sekolah memerlukan tambahan ruang kelas serta fasiliti sekolah yang juga makin bertambah. Selain itu, sumber kewangan sekolah pula bergantung sepenuhnya kepada pembayaran yuran ibu bapa tanpa sumber kewangan tetap yang lain bagi menampung kos pengurusan sekolah seperti pembelian peralatan mengajar dan pembayaran gaji guru sekolah yang kini mempunyai seramai 170 murid dan 5 orang guru.

Mudah-mudahan melalui sumbangan daripada pelbagai pihak dapat membantu mengurangkan bebanan kos pengurusan sekolah serta dapat menampung kos pembinaan tambahan ruang kelas yang baharu bagi memastikan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Laporan Kempen

07 Sep 2021

Assalamualaikum semua.

Semoga semua dalam keadaan sihat sentiasa.

Alhamdulillah, hasil sumbangan tuan/puan, pihak sekolah dapat membiayai perbelanjaan pengurusan dan pembangunan sekolah. Untuk makluman, sekarang ini pihak sekolah sedang membina kelas baharu bagi menampung kekurangan kelas sedia ada. Alhamdulillah, sumbangan tuan/puan juga dapat membantu menampung keperluan kelas tersebut.

Semoga segala sumbangan yang diberikan, menjadi saham akhirat untuk kita semua.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 07, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Sep 08, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 03, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 27, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU PARA PEJUANG NAFKAH
Kempen Sumbangan Tamat